Setelah berhijrah, perasaan takut masih dihadiahkan Allah. Mungkin kali ini perasaan takutku tertumpu kepada perkara yang lebih layak untuk aku takuti - murka & neraka Ilahi. Mudah-mudahan menjadi wasilah untuk diriku menuju mardhotillah. Perasaan ini perlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh. Asbab takut pada Allah yang ada dalam generasi para sahabat mampu memberikan mereka kejayaan di dunia dan akhirat.
InsyaAllah Jumaat lepas, aku bercadang untuk ziarah ke 2 buah gereja di Damansara. Suamiku agak berat untuk mengizinkan. Aku faham sebagai manusia biasa kekhuatiran itu pasti ada. Kami sama-sama muhasabah diri - taufiq dan hidayah itu milik mutlak Allah. Jadi insyaAllah tidak ada apa yang perlu dikhuatiri. Sekadar lawatan tidak mungkin mampu menggoyahkan iman.
Peringatan Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah:120 ku hayati sebaik mungkin. Semoga menjadi panduan buat diriku selama-lamanya, amin. Isu kalimah Allah masih belum sunyi dalam masyarakat. Banyak program dianjurkan pelbagai pihak demi semata-mata untuk memberi penjelasan kepada masyarakat yang rata-rata masih keliru. Tidak banyak yang ingin aku komen mengenai isu tersebut. Sebagai seorang Islam yang meyakini akan mukjizat Al-Quran dan As-Sunnah – prinsip diriku untuk mengenali Allah berlandaskan surah Al-Ikhlas. Penegasan dalam surah Al-Kafirun turut menjadi pedoman dalam hidupku. Aku beriman pada Nabi Isa a.s tetapi bukan sebagai anak Tuhan melainkan baginda hanyalah pesuruh Allah sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua rasul ini membawa misi yang sama – menyebarkan dan mengagungkan kalimah Tayyibah – LAILAHA ILALLAH.
Bagi menjamin ketenangan hatiku ini, aku membelek tafsir Al-Quran dan Allah hadiahkan janjiNya pada ku dalam surah Al-Baqarah:257 “Allah pelindung orang yang beriman.” Subhanallah.
'ala kullihal, i don't want my visit to the churches simply wasted. I have some questions sort of prepared. Merely focusing on what services run by them. InsyaAllah, semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment