Sunday, May 30, 2010

Taddaaa!

After months of (not so) hard work, I present to you my Kailan Ikan Masin and Daging Masak Cili Api! Nyam2..







-AQIDAH-

subhanallah, alhamdulillah.. usai sudah kuliyyah aqidahku. semakin belajar semakin tak tahu. subhanallah, luasnya ilmu-Mu ya Rabbi. insyaAllah dengan sengaja ku pilih program usuluddin untuk lanjutkan pengajian. rasa diri ini masih daif dengan bidang-bidang agama.

ku masih merangkak dalam usaha mengutip ilmu untuk mencapai makrifatullah. a'la kullihal, alhamdulillahirabbil alamin, langkah awal sudah ku mulakan. saja nak belajar secara formal di UM, bukannya tak ada di masjid-masjid tapi duit yang Allah hadiahkan ingin ku guna sebaik mungkin di jalan Allah. sekali lagi alhamdulillah, suamiku tak putus-putus memberi semangat.

ya Allah insaf sungguh hamba rasa. aqidah bukan perkara yang asing dalam diri ini tapi setiap kali belajar ada sahaja ilmu baru Allah hadiahkan. hampir 24 tahun hidup di bumi Allah, entah apa usaha atau sumbanganku pada Islam. bila-bila saja Allah akan jemput. subhanallah.

ya Allah..

Friday, May 28, 2010

Subhanallah. Alhamdulillah. Lailaha Ilallah. Allahuakbar.


ku tengah khusyuk taip RP.

tiba-tiba, "ina, nak rasa tak?" tanya Kak Zai, salah seorang kaunselor tempatku praktikal.

"rasa apa?" tanyaku.

ku lihat Kak Zai pegang perutnya. Kak Zai tengah sarat mengandung.

"Subhanallah, nak!" jawabku ringkas, segera ke Kak Zai. saat tangan ku sentuh perut Kak Zai, bayi dalam kandungannya 'menyapa'.. ya Allah terharunya.. sebak, gembira, excited semua ada.

teringat dialog antaraku dengan suami.

"abang, sayang nak baby. tak kasihan kat sayang ke? semua orang dah ada baby." merungutku.
"sebab kasihan kat sayang lah abang nak tangguh dulu, kan sayang tengah praktikal." pujuk suamiku, ringkas.

mendengar jawapannya, ku segera buat muka merajuk, tanda protes dengan jawapannya.

suamiku menambah, "mana tahu time pregnant nanti sayang muntah-muntah ke, tak sihat ke, kan ganggu praktikal nanti."

perasaan bercampur-baur. ada masa teringin sangat nak anak, tapi ada masanya rasa belum bersedia lagi. nak tambah taklif dalam hidup memang senang, cuma nak pikul amanah takut tak mampu, nauzubillah.

hamba serahkan segalanya dalam perhitungan-Mu wahai Ar-Rahman.


Wednesday, May 26, 2010

Uzlah / Me-Time

Some of my Me-Time I hardly manage to have lately. I truly miss it!



"I don't want to talk to you!"



I don't get this verbal response from any of my clients yet, but I did receive from this one client I'm seeing recently. from the body language. subhanallah. the client really test my patient. I think it's a big mistake to have session early in the morning.

nothing I did manage to get the person attention. I ended up feeling all dizzy and lost. Allah, I don't know what to do. there are times, I feel like giving up all at once. when you look at someone, and insyaAllah you know this particular person need major change in life - recharging iman and taqwa.

again and again..

i breath.

i walk.

i wonder.

i pray.

then again, Allah instill me The Hope.

i miss Nabi s.a.w - how I wish I have his strength, his love, his patience. I want to follow him, because I AM HIS FOLLOWER!


Tuesday, May 25, 2010

Hijrah

Ina.. apa yang buat Ina kuat dulu?

hhhmmm.. subhanallah.. a question i found very hard to answer. rasa macam baru semalam lalu lorong-lorong jahiliah.. orang pun selalu kata.. 'hidup macam roda, sekejap kat atas sekejap kat bawah'. hari ini alhamdulillah, aurat elok dijaga mudah-mudahan sehingga ke akhirnya. dulu, tak terlintas pun nak pakai tudung. subhanallah.. alhamdulillah.. nikmatnya iman ini.

so my answer to my sahabat is
"take baby step dear.. hidup kita org Islam ni, sama je matlamatnya. but im not going to tell you. you have to find out yourself. contoh kita nak pergi shah alam. ada yang prefer naik kereta, ada yang pilih naik ktm tapi ada yang memang nak jalan kaki."

"bila kita nak hijrah ni, kita kena create formula sendiri, resipi sendiri. sebab masing-masing ada selera sendiri, ada kekuatan sendiri. rajin-rajin buka kitab sejarah, cerita sahabat-sahabat, salafufossoleh, ulama-ulama silam.."

"again, keep in mind matlamat kita sama, cuma perjalanan berbeza -beza."





Khalid al-Walid
Sumayyah
Khadijah r.a.
Ibn Sina
Salahuddin al-Ayubi
Imam al-Ghazali

check out this people for example, bidang masing-masing berbeza but yet the goal is similar.

why i say this is because.. some people prefer amalan sunat yang berbeza - berbeza. some suka zikir, some suka solat dhuha, puasa sunat, then maybe others are so into tahajud. but then, the most important thing - do maintain and upgrade our amalan wajib.

then, bila kerja pun masing - masing ada cita - cita sendiri. kalau nak jadi kaunselor, jadi kaunselor Islam. nak jadi engineer, jadi engineer Islam. tak semestinya kena jadi ustaz atau ustazah je.

rajin - rajin belek balik kitab fikah. ramai antara kita cara duduk dalam solat pun belum tentu ikut cara Nabi s.a.w. tapi ikut cara sendiri. wallahualam. may Allah bless us all with iman and taqwa forever and ever, amin.

Tuesday, May 4, 2010

biarkanlah dia..

"ah.. biarlah.."
"peduli apa.."
"sendiri buat dosa, sendiri tanggung!"

bisikan syaitan bertalu-talu di qalbu. hampir saja putus asa dengan seorang mad'u. geramnya hati. astaghfirullah.. urut dada lihat gelagatnya. tapi syukur pada Allah. ada saja cara si Dia memujukku kembali berdakwah.

Dia ingatkan kembali sirah perjuangan Nabi s.a.w di Mekah. 13 tahun melaungkan LAILAHA ILALLAH, hanya segelintir yang menyahutnya. tapi Baginda s.a.w tak berputus asa. begitu juga dengan para sahabat Baginda s.a.w.

ya Allah,
penat betul rasanya.
penat kerana putus asa.. bukan kerana usaha..
malunya padaMu.

bukan salahmu..

ya Allah.. setiap hari ke sekolah, hati kecilku berdoa semoga ada kelas ganti untukku hari ini. Alhamdulillah, doa ku tak pernah ditolak. hampir setiap hari bertemu dengan mujahid dan mujahidah yang baru. tenangnya hati ini, hanya Allah yang tahu. sejuk pandangan mataku melihat sekumpulan pelajar di hadapan yang masih muda, terpelihara dari dosa.

rasa insaf singgah di hati. rasa hina di hadapan mereka. lagi banyak umur, lagi banyak dosa. perasaan sayang pada mereka membuak-buak di hati. ingin ku peluk erat diri mereka, ingin ku kesat setiap titisan air mata mereka.. tapi apakan daya, ku juga insan biasa. hanya Allah yang mampu segala-galanya.

ya Allah, ya Rahman, ya Rahim..
hamba serahkan anak murid hamba dalam pemeliharaanMu,
dalam pelukan rahmatMu,
kekalkan kami dengan nikmat iman dan islam selama-lamanya,
amin.

dalam kelas, ku cuba sedaya mungkin kenalkan Nabi Muhammad s.a.w
ku cerita tentang Ainul Mardhiah, Umar al-khattab, Imam Abu Hanifah..
mana yang terlintas pasti ku bagi tahu pada anak muridku.

mereka tak tahu hikmah menutup aurat, mereka tak tahu siapa Ainul Mardhiah, mereka tak tahu Nabi s.a.w sayang mereka, mereka tak tahu Allah uji tanda Allah sayang, mereka tak yang mereka tak tahu..

ini bukan salahmu,
cikgu nampak usahamu untuk berubah,
cuma tak ada kekuatan untuk melakukannya.

wahai Dai'e illallah,
"apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Az-Zumar:39

;)

jam kereta, 6:50 pagi. alhamdulillah. dah sampai sekolah. bertolak seawal 6.10 pagi tiap-tiap hari. seperti biasa, ku buka beg tangan cari telefon bimbit.

"salam abg, syg dah sampai sekolah. Alhamdulillah".

sebelum bertolak, macam-macam pesanan suami
1. jangan lupa baca doa.
2. jgn tertidur masa tengah memandu (huhuhu).
3. hati-hati bawa kereta.
.........

tiba di sekolah, ku terus ke pejabat untuk punch in. subhanallah. tenangnya hati. tidak sabar untuk jumpa pelajar. memang tak sangka, Allah akan hadiahkan perasaan ni. sebelum praktikal dulu memang tak sanggup rasanya nak ke sekolah.

dengar macam-macam 'laporan' dari kawan. rasa ngeri. sekali lagi Alhamdulillah. semoga segala urusanku dipermudahkan hingga ke akhirnya, amin.