Tuesday, May 4, 2010

biarkanlah dia..

"ah.. biarlah.."
"peduli apa.."
"sendiri buat dosa, sendiri tanggung!"

bisikan syaitan bertalu-talu di qalbu. hampir saja putus asa dengan seorang mad'u. geramnya hati. astaghfirullah.. urut dada lihat gelagatnya. tapi syukur pada Allah. ada saja cara si Dia memujukku kembali berdakwah.

Dia ingatkan kembali sirah perjuangan Nabi s.a.w di Mekah. 13 tahun melaungkan LAILAHA ILALLAH, hanya segelintir yang menyahutnya. tapi Baginda s.a.w tak berputus asa. begitu juga dengan para sahabat Baginda s.a.w.

ya Allah,
penat betul rasanya.
penat kerana putus asa.. bukan kerana usaha..
malunya padaMu.

No comments: