Saturday, August 28, 2010

(Alhamdulillah)

Hadiah dari Allah.
Pertemuan.

Maksu,
tak lama lagi bakal menjadi isteri solehah.. amin.
insyaAllah pesanan untuk diri sendiri juga : semoga kita sama-sama istiqamah dengan kalimah
-Lailaha Ilallah-
-Muhammadur Rasulullah-

Su doakan Allah permudahkan jodoh "Maksu dengan Paksu".
Semoga kalian Allah izinkan dengan rahmatNya untuk bercinta hingga ke syurga yang abadi.
Su sayang Maksu.

p/s:Maksu.. dah beli banglo kat Sg. Rasau, jgn lupa jemput cek na.. ;p
Pastu jangan boh nama anak 'Mashington'




Wani,
andai ada pengganti Zainab al-Ghazali zaman kita ini ~ insyaAllah wani lah orangnya.
Semoga Allah hadiahkan Wani seorang pahlawan Islam ;) boleh sama-sama bincang strategi wujudkan khilafah Islamiah dalam bilik tidur.... wahahaha... usik Wani.. ;p Ina tahu.. Wani nak cubit Ina kan? tak leh.. sebab kita jauh... ;P
Ina sayang Wani.


Friday, August 27, 2010

Wednesday, August 25, 2010

My gift to You..

Since today is my birthday, I'd like to give everybody I love - a new me!
Wrapped with lots of love, passion, wisdom, patience, sincerity insyaAllah.
I promise I'll always try to be there.
I promise I'll try be good.
I promise I'll try to be loyal.
I promise I'll always pray for You.




I'm officially 24!


"Age is just a number"
Really?
I don't think so.
InsyaAllah when I'm 40, I want to look 40, feel like 40, think like 40, behave like 40..

First time celebrating my birthday as a (super hot, sweet and sexy) wife. Heeeeee..

Thank you Abang for the handbag ;)

I LOVE IT!

I LOVE YOU...

mMMMmmmMMmUuuuuuuUUUUAAaaaaHHHH!

Yes Aida... I LOVE the cardigan.. I owe u.. I'll buy your present from Padang.. InsyaAllah ;)

Oh... The DOA..

Abang:
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-24.
Semoga panjang umur dalam ketaatan menjadi isteri solehah untuk diri ini,
dimurahkan rezeki dapat kerja dalam keberkatan, amin..

Abah:
Ina, happy birthday yang ke 24.
Semoga panjang umur, murah rezeki suami isteri.
Salam to Anas.

Emak:
Selamat hari lahir buat Ina.
Doa mak, Ina berjaya dengan penuh keberkatan dariNya.
Dilimpahi kebahagiaan dari dunia sampai akhirat. Salam sayang dari Mak.

Emak Mertua: ;)
Salam Ina.
Selamat ulang tahun.
Semoga panjang umur dalam ketaqwaan.
Dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dan ditetapkan iman.
Semoga berbahagia disamping Abang Anas dan menjadi isteri solehah, amin.

Angah (adik iparku):
Selamat ulang tahun Kak Ina.
Moga panjang umur dan murah rezeki =)

Ayong:
Salam na..
Selamat hari lahir ya..
Semoga sentiasa sihat dan bahagia di samping hubby tercinta.
InsyaAllah dikurniakan zuriat soleh/solehah.
Thanks for being such a good friend dear.
10 years ha? ;)
Anyway, take care na..

Yasmin:
Happy birthday Zarina.
May Allah bless you with happiness forever.

Yus:
Salam.
Selamat hari lahir.

Nenek:
Selamat Hari Jadi.
Semoga rumah tangga aman bahagia selama-lamanya.

Umi:
Selamat hari jadi na..

(again)
Abang:
"Hepy Bezday 2u my sweetheart"
smoga kecantikan & kecomelan dirimu hanya untuk suamimu.
p/s : penyejuk di mata, penawar di hati, di dunia dikaulah penyeri, di syurga menanti dikaulah bidadari.

I'm so blessed. Thank you, Allah.
I LOVE YOU TOO.

Tuesday, August 24, 2010

~ dikelilingi bidadari ~


salah satu cara - untuk istiqamah memburu 'pangkat' wanita solehah adalah bergaul dengan mereka. Ibarat bidadari . . . . .
Setiap kali bersama, Allah SWT hadiahkan rasa sakinah ;)
Tengok saja, mampu nyalakan semangat jihad,
Jihad apa? jihad lawan nafsu!
Cemburu tengok kalian. istiqamah dalam langkah mencari NUR sempurna.
Semoga Allah SWT kekalkan ukhuwah ini hingga ke syurga, amin.

Aida.

Hajar.

Wani.

Eqa.

Kak Dyhar.

Kak Ti.

Iwa.

Kak Wan.

Kak Safani.

Fizah.

Ishah.

Syida.







Monday, August 23, 2010

tolong..

Sakitnya... rasa tak berdaya, bila dah jatuh, nak bangun balik.. sakit, perit hanya Allah yang tahu.. sesekali rasa putus asa singgah di hati. menitis-nitis air mata turun.. sedar diri sebab sengaja calit dosa.. Astaghfirullah.. kagum dengan orang lain - istiqamah menggapai mardhatillah.. solehahnya sahabat-sahabat, betul-betul membakar semangat untuk jadi macam mereka. berkali-kali susun langkah.. taubat - stesyen pertama nak singgah. kalau boleh hati ni, nak dicuci sebersih-bersihnya. taknak setitik pun warna hitam yang tinggal.. tapi apakan daya.. kalau nafsu dah mula kawal hati, anggota lain menurut saja, tak banyak soal. akal - seboleh-boleh cari alasan untuk 'takpekan' tingkah laku.. Astagfirullah.. rindu masa kat UPM dulu.. ada usrah, ada naqibah, halaqah, sahabat-sahabat.. kuat betul iman ni, bila dalam jemaah.. bila keseorangan macam ni.. hilang rasa nikmat dalam beribadah - Astaghfirullah. takut Allah kata aku penipu! waiyadzubillah.. sedihnya ya Allah.. sedih sangat.. kenapa jadi macam ni...? yang lain boleh je istiqamah.. tapi kenapa tidak hamba? sedihnya.. malunya.. tak tahu nak buat apa.. ya Allah..

redha ~


Suatu hari Sufyan As-Tsauri masuk ke tempat Rabi'ah, lalu berkata,
"Ya Allah, redhalah terhadapku."

"Tidakkah kau malu terhadap Allah bahawa engkau meminta keredhaan daripadaNya sedangkan engkau tidak redha terhadapNya." jawab Rabi'ah.

Maka Sufyan pun berkata, "Astaghfirullah."

Lalu Ja'afar Ibnu Sulaiman pun berkata, "Bilakah seorang hamba menjadi redha terhadap Allah?"

Rabi'ah menjawab, "ketika kegembiraannya menghadapi musibah sama seperti kegembiraannya memperolehi nikmat."


Langkah mendidik hati redha padaNya.

*ayong*

My childhood bestfriend..
It's been 10 years now..
Still strong insyaAllah.
I LOVE U.
Abadan Abada ;)

Saturday, August 21, 2010

Cantik vs Comel

"Siapa lagi comel? Sayang ke Abang?" tanyaku.
Baru lepas belek kitab, saja nak hilangkan rasa serius,
ambil masa manja-manja dengan suami ;)

"Emm.. Abang lah yang comel!" jawab suamiku spontan. Dengar jawapannya, muncungku panjang sedepa.

"Sayang takmo kawan Abang." pura-pura merajuk ;)

"Sayang kan cantik, bagilah Abang comel....." pujuknya sambil kedua-dua pipiku dicubit.

Fitrah - hati isteri terhibur apabila dipuji suami.
Sewaktu zaman anak dara dulu, tak putus-putus doa pada Allah, agar si dia yang soleh menjadi milikku. Alhamdulillah, Allah makbulkan.

Doa Nabi Daud, ku edit untuk sesuai dengan keperluanku -
'Ya Allah, kurniakan pada hamba cinta terhadapMu, cinta si dia yang juga mencintaiMu,
dan apa saja yang membawa kami hampir ke arah cintaMu, dan jadikanlah Ya Allah, cintaMu lebih berharga kepada kami dari air sejuk kepada orang yang dahaga'
amin..

Pesanan untuk diri & wanita muslimah di luar sana -
'doa pada Allah agar kebaikan dalam diri suami dikekalkan'
'amin'
(doa perlu berterusan)

p/s : suami masing-masing ye.. ;p




Thursday, August 19, 2010

Dialog dengan si DIA..


Janji Allah SWT dalam Al-Ankabut:45

"Sesungguhyna solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

Tip khusus dari Allah SWT - seolah-olah kataNya : jika engkau solat, engkau pasti terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar. Tak perlu menilai orang lain, aku sendiri tak terlepas dari membuat dosa. Sedikit demi sedikit aku kutip ilmu mengenai perintah agung ini. Kenapa agung?

Solat adalah perintah Allah SWT terus kepada Baginda s.a.w. Tidak ada perantaraan Malaikat Jibril, berlakunya semasa peristiwa Isra' Mikraj. Tanda cinta Allah SWT untuk kita hambaNya. Dihadiahkan pula cara istimewa untuk bertemu denganNya.

Jika seorang kekasih berusaha untuk bertemu pasangannya untuk lepaskan rindu, begitu jugalah Ya Rahim - rindu pada titisan air mata kita, rindu pada rayuan kita, rindu pada doa kita, rindu menatap wajah kita. Subhanallah..

Allah SWT pesan pada Nabi s.a.w untuk bagitahu kita hambaNya =

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran."
Al-Baqarah:186

Allah SWT dekat dengan kita sebenarnya. Janganlah ragu. Jangan.
Semasa solat, kita sebenarnya berdialog dengan Allah SWT. InsyaAllah sama-samalah kita jaga adab, dengan manusia pun kita jaga apatah lagi dengan Ya Khaliq - yang Maha Mencipta.

Semasa bacaan Al-Fatihah dalam solat.

HambaNya : Segala puji bagi Allah, Tuhan semsta alam.
Allah SWT : HambaKu telah memujiKu.

HambaNya : Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah SWT : HambaKu telah memujiKu.

HambaNya : Yang menguasai di Hari Pembalasan.
Allah SWT : HambaKu telah mengagungkanKu, hambaKu telah memasrahkan urusannya kepadaKu.

HambaNya : Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya Engkaulah kami meminta pertolongan.
Allah SWT : Ini adalah urusan antara Aku dan hambaKu dan Aku akan mengabulkan apa yang hambaKu pinta.

HambaNya : Tujukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang yang Engkau beri nikmat (iman) kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan (bukan pula) jalan mereka yang sesat.
Allah SWT : Ini adalah untuk hambaKu dan dia akan mendapat apa yang dia pinta.
(HR Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah)





Wednesday, August 18, 2010

Puasa


Rasulullah s.a.w bersabda :
Sesungguhnya syaitan mengalir di dalam tubuh anak Adam seperti mengalirnya darah. Kerana itu, bersihkanlah aliran-alirannya dengan rasa lapar.
(HR Bukhari, Muslim, Ahmad dan Darimi)

PUASA.
Menahan diri dari makan, minum, menghisap rokok dan injeksi.

TUJUAN.
Menahan diri dari hawa nafsu.

DARJAT PUASA.
1. Puasa awam - menahan perut dan kemaluan dari pemuasan syahwat.
2. Puasa khawas - menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan dan kaki dari semua dosa.
3. Puasa khawasul khawas - puasa hati dari keinginan hina dan pemikiran duniawi serta segala sesuatu selain Allah SWT secara total.


Tuesday, August 17, 2010

(wanita solehah)

Antara ciri-ciri wanita solehah:


1. Tawakalnya kepada Allah SWT dan kepercayaan kepadaNya.

2. Keredhaannya terhadap pemberian Allah SWT.

3. Ketakutannya terhadap Allah SWT.

4. Muraqqbahnya kepada Allah SWT.

5. Ketinggian semangatnya dalam mentaati Allah SWT.

6. Kesungguhannya dalam melakukan Qiyamulail.

7. Keikhlasan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT.











membina harapan..


Walau sudah hari ke - 7, Allah masih tidak izinkan aku dengan suami berbuka berdua-duaan. Hampir setiap malam ke masjid, suamiku akan berbuka dengan jemaah muslimin, aku dengan jemaah muslimat. Selesai berbuka dan solat maghrib berjemaah di masjid, aku dan suami akan pulang ke rumah..

InsyaAllah untuk sama-sama menghayati ayat-ayat cinta Allah ;) (Alhamdulillah untuk nikmat ini). tak tahan sebak bila Allah temukan dengan kata-kataNya dalam

As-Saffat:100-101
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.
Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail)"

spontan aku memberitahu suami, "abang.. sayang nak baby.."
air mata jatuh tak berhenti. suamiku pujuk,
"kita bersangka baik dengan Allah na sayang na.."
ku angguk lesu.
dalam hati aku yakin - Allah lebih tahu.


Tuesday, August 3, 2010

Finally..

Reminiscing back..
When I was lost once in my life..
Searching for the light to have me see the road before me clearly..
I was travelling alone..
Wondering..
Then one fine day Allah allow me to meet this woman,
who change my life completely.
May Allah bless you ya ustazah and the rest of your family as well.

Ustazah / Dr. Pabiyah Hajimaming.




My husband and I were finally managed to visit ustazah and her family at Bangi.
What a day!



Sunday, August 1, 2010

(^_^*)

Berkali-kali belek majalah Pa&Ma.. antara banyk-banyak artikel, kolum Khalifah Model School juga yang berjaya menambat hati. Ku hayati. Web berkaitan berulang kali ku layari. Terlintas untuk mohon kerja di sana. Resuma sudah di hantar, cuma tunggu maklum balas (Allahummayasir wa latuasir, rabbitamimbilkhoir).

Niat kerja di sana memang kerana Allah.. ah.. cliche.. Hakikatnya aku sendiri terpesona dengan modul yang dilaksanakan dalam usaha mentarbiyah khalifah-khalifah kecil. Harapannya semoga aku terdidik sama. Nabi dakwah para sahabat 13 tahun di Mekah. Fokus hanya pada aqidah. Aku muhasabah. Aku belum mulakan lagi tahun pertama.

Ku lihat sekeliling. Alhamdulillah.. Suamiku istiqamah ke rumah Allah. Hafazannya saja melibihiku, termasuk bahasa arabnya, lebih fasih. Hatiku cemburu. Adik-adikku pula, sudah bertatih menggapai gelaran wanita solehah. Aku? merangkak pun belum. Arus kejahilan terlalu deras. Entah mana silapnya, aku turut terhanyut. Ranting ku paut terlalu rapuh.. Ku harus usaha mencari dahan yang kukuh, insyaAllah.

Sahabat-sahabat? masing-masing sibuk berjihad dalam lapangan mereka. Ku lihat ramai yang istiqamah dengan iman dan taqwa mereka. Di univerisiti dulu, rajin betul kakiku langkah ke taman-taman syurga. Akhir-akhir ni, seolah-olah lumpuh. Astaghfirullah.

Ya Allah..