Sunday, August 1, 2010

(^_^*)

Berkali-kali belek majalah Pa&Ma.. antara banyk-banyak artikel, kolum Khalifah Model School juga yang berjaya menambat hati. Ku hayati. Web berkaitan berulang kali ku layari. Terlintas untuk mohon kerja di sana. Resuma sudah di hantar, cuma tunggu maklum balas (Allahummayasir wa latuasir, rabbitamimbilkhoir).

Niat kerja di sana memang kerana Allah.. ah.. cliche.. Hakikatnya aku sendiri terpesona dengan modul yang dilaksanakan dalam usaha mentarbiyah khalifah-khalifah kecil. Harapannya semoga aku terdidik sama. Nabi dakwah para sahabat 13 tahun di Mekah. Fokus hanya pada aqidah. Aku muhasabah. Aku belum mulakan lagi tahun pertama.

Ku lihat sekeliling. Alhamdulillah.. Suamiku istiqamah ke rumah Allah. Hafazannya saja melibihiku, termasuk bahasa arabnya, lebih fasih. Hatiku cemburu. Adik-adikku pula, sudah bertatih menggapai gelaran wanita solehah. Aku? merangkak pun belum. Arus kejahilan terlalu deras. Entah mana silapnya, aku turut terhanyut. Ranting ku paut terlalu rapuh.. Ku harus usaha mencari dahan yang kukuh, insyaAllah.

Sahabat-sahabat? masing-masing sibuk berjihad dalam lapangan mereka. Ku lihat ramai yang istiqamah dengan iman dan taqwa mereka. Di univerisiti dulu, rajin betul kakiku langkah ke taman-taman syurga. Akhir-akhir ni, seolah-olah lumpuh. Astaghfirullah.

Ya Allah..

3 comments:

Cahaya Agama yang Pertama said...

maizan doakan yg t'baik utk cikgu..
semoga terus istiqamah dlm menegakkan agama Allah..

Zarina Zaimi said...

salam maizan.. thanks for the doa.. truly apprecite it :)

al_faqir Ilallah said...

"Al-Istiqomatu khairum min alfi karomah"
p/s-semoga Allah istiqomahkan satu-satu amalan soleh yang pernah kita lakukan..amin.