Thursday, August 19, 2010

Dialog dengan si DIA..


Janji Allah SWT dalam Al-Ankabut:45

"Sesungguhyna solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

Tip khusus dari Allah SWT - seolah-olah kataNya : jika engkau solat, engkau pasti terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar. Tak perlu menilai orang lain, aku sendiri tak terlepas dari membuat dosa. Sedikit demi sedikit aku kutip ilmu mengenai perintah agung ini. Kenapa agung?

Solat adalah perintah Allah SWT terus kepada Baginda s.a.w. Tidak ada perantaraan Malaikat Jibril, berlakunya semasa peristiwa Isra' Mikraj. Tanda cinta Allah SWT untuk kita hambaNya. Dihadiahkan pula cara istimewa untuk bertemu denganNya.

Jika seorang kekasih berusaha untuk bertemu pasangannya untuk lepaskan rindu, begitu jugalah Ya Rahim - rindu pada titisan air mata kita, rindu pada rayuan kita, rindu pada doa kita, rindu menatap wajah kita. Subhanallah..

Allah SWT pesan pada Nabi s.a.w untuk bagitahu kita hambaNya =

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran."
Al-Baqarah:186

Allah SWT dekat dengan kita sebenarnya. Janganlah ragu. Jangan.
Semasa solat, kita sebenarnya berdialog dengan Allah SWT. InsyaAllah sama-samalah kita jaga adab, dengan manusia pun kita jaga apatah lagi dengan Ya Khaliq - yang Maha Mencipta.

Semasa bacaan Al-Fatihah dalam solat.

HambaNya : Segala puji bagi Allah, Tuhan semsta alam.
Allah SWT : HambaKu telah memujiKu.

HambaNya : Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah SWT : HambaKu telah memujiKu.

HambaNya : Yang menguasai di Hari Pembalasan.
Allah SWT : HambaKu telah mengagungkanKu, hambaKu telah memasrahkan urusannya kepadaKu.

HambaNya : Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya Engkaulah kami meminta pertolongan.
Allah SWT : Ini adalah urusan antara Aku dan hambaKu dan Aku akan mengabulkan apa yang hambaKu pinta.

HambaNya : Tujukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang yang Engkau beri nikmat (iman) kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan (bukan pula) jalan mereka yang sesat.
Allah SWT : Ini adalah untuk hambaKu dan dia akan mendapat apa yang dia pinta.
(HR Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibn Majah)





4 comments:

syida said...

Waalaikumusalam wbt...Alhamdulilah.. semuanya baik..ina? mg sentiasa dlm rahmatNya..syukran atas ingatan.. terasa hilang kata utk jwb apa yang ditanya..Jauh dari Allah..itulah hakikat yang sering berlaku pada diri syida..

Rasulullah saw b'sabda.. "Siapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya & merasa sedih/kesal ats perbuatan dosanya, maka ia seorang mukmin"...

sukar untuk kita tahu dekat@juah.. semuanya dgn rahmat Allah..tp kita mampu merasai hati kecil sendiri..

syida tahu syida mula jauh dariNya bila..

-syida berat untuk perbanyak'n bacaan Quran..dlm hati berkira2 helaian yang perlu dibaca..
-terasa berat untuk tunaikan solat dengan segera..hati hilang keringanan bertemu Allah..
-syida cepat merungut dengan pemberianNya..tak cari hikmah pd tiap yang berlaku..
-berat untuk lakukan wirid harian & zikirullah..
-banyak hbskan ms dengan perkara sia2..kalau kt umh nie, syida jd ikut sm lalai tgk cite2 kt tv walaupun tiada kepentingan pada cerita tue..=)
-hati lalai untuk istigfar..malah berat untuk slt sunat taubat..
-berkira2 ms untuk berdoa pd Allah..kdg2 merasa'n slt hajat itu berat untuk dilakukan..
-hati & fikiran cepat runsing..tiada ketenangan..

itulah diri syida ina..banyak khilafnya dgn Allah..apapun, sentiasa mhn pd Allah agar kita diberi istiqamah dan ikhlas dlm perjlanan menuju kepada Allah.. mhn dgn sungguh2.. semua yg kita buat dgn izinNya. taat & dktnya kita pd Dia juga ats kudratNya..
ina selalulah ingatkan syida yang lalai..moga ada manfaatnya buat kita semua diakhirat nnt..
~salam sayang ya ukhti~

Zarina Zaimi said...

salam syida.. syukran untuk guideline ;) ina alhamdulillah sihat.. br 3 minggu habis praktikal, sekarang tgh rehat2.. ;)

Xde TV said...

Allahu Rabbi.. pengaruh TV memang kuat. Dulu2 malaikat datang rumah orang Islam tengok penghuninya baca Quran, zikir, solat dll tapi zaman sekarang pabila malaikat datang nak membawa rahmat, kebanyakan penghuninya asyik tengok TV ja.. termasuklah tok bilal. Oh!!

Zarina Zaimi said...

semoga kita diberi taufiq untuk istiqamah meng TAKDE kan TV... amin..