Thursday, March 4, 2010

Ina, apa amalan?

Soalan yang sering ditanya apabila tersebar berita pertunanganku. Apabila ditanya, jujur aku tidak dapat memberi jawapan yang sebaiknya. Soalan yang ditanya secara mengejut, lazimnya sewaktu aku dan sahabat-sahabat duduk bersembang-sembang. Mindaku tidak fokus untuk perkara-perkara yang lebih serius.

Setelah bermuhasabah, Allah hadiahkan kepadaku jawapan-jawapan melalui pengalaman yang aku lalui. Mudah-mudahan dapat membantu kalian dalam usaha mencari jodoh, insyaAllah.

1. Doa

Pembaca yang dirahmati Allah, doa merupakan hadiah dari Allah yang sangat istimewa. ‘ala kullihal, dari pengalaman ku sendiri doa bergantung kepada kekhusyukan hati ketika berdoa. Jiddiyah (kesungguhan) perlu disertakan. Sebelum bernikah, ku pasti berdoa dalam sujud terakhirku dalam setiap solat fardhu. Doa cinta yang diajar oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, ku edit untuk sesuai dgn keperluanku.

“Ya Allah, kurniakan pd hamba cinta terhadapMu dan seorang suami yg juga mencintaiMu dan apa shj yg membawa kami kearah cintaMu. Dan jadikanlah ya Allah, cinta terhadapMu lebih berharga kpd kami berdua dr air sejuk kpd org yg dahaga.”

2. Nasihat naqibahku – Kak Safani.

Katanya, “Allah akan bg apabl kita sudah bersedia.” Aku hanya mampu angguk dan tersenyum. Jauh di sudut hati (sblm bertemu dgn suami), ku akui masih belum bersedia. Ilmuku masih tidak cukup (bukan bermakna sekarang dah byk tetapi ada lebih usaha utk menambah ilmu), mana mungkin Allah izinkan untuk ku memikul amanah br sbg isteri, menantu, ibu etc.

3. Sejak dari itu, pelbagai tarbiyah, riadah, mehnah Allah beri pdku, utk mendidik hati (mudah-mudahan utk menambah ilmu dan imanku jua). Sampai pd satu tahap, muncullah dalam hatiku kesediaan utk disunting oleh seorang mujahid soleh yg sudah tercatat dalam Luh Mahfuz khusus utkku, insyaAllah.

4. Aku tahu.

a) Ciri-ciri yg menjd garis panduan ku dlm memilih pasangan hidup. Agama si dia pasti yg utama. Sblm bernikah, latar belakang suami, ku selidik cukup untuk maklumatku dalam menerima si dia sbg imamku. Dan pasti dalam sifat fizikal juga aku tetapkan sesuai dgn kehendakku, wallahualam. Selagi hayat dikandung badan, si dia akan menjadi tumpuanku, maka tidak salahnya utk ku memilih bakal suami yg sejuk mataku memandang, insyaAllah.

b) Dakwah itu wajib. Ku bertegas tidak akan menerima muslimin yg ada latar belakang politik, penyanyi nasyid dan perniagaan. Bagiku fikrah dakwah bakal suami sgt penting krn isteri menjadi sayap kiri suami dalam menyebarkan kalimah Tayyibah. Ketidakfahaman mahupun sering berbeza pendapat dalam proses berdakwah mampu menggugat kestabilan dan keharmonian rumahtangga.

Panduan – muslimah yang dirahmati Allah, sbg muhasabah tanya Iman dan Taqwa, dalam bidang apa kamu ingin berdakwah? Siapa suami yg menjadi idaman hati. Adakah seperti Umar al-Khattab? Salahuddin al-Ayubi? Hassan al-Banna? Syed Qutb? Al-Khwarizmi? Ibn Sina? Imam al-Ghazali? Imam Syafie? Setiap tokoh-tokoh ini mempunyai lapagan dakwah yang berbeza. Iya, memang matlamat akhir sama, tetapi ingatlah bahawa proses mencapai matlamat juga sangat penting.

c) Tujuan ku bernikah jelas terpahat dalam hati. Pada mulanya, memang ramai yg tidak bersetuju dgn keinginanku, sekali lg Allah tanamkan dalam qalbuku utk berharap hanya pd Dia. Hatiku tenang apabl matlamat sudah jelas. Ditakdirkan Allah ku terbaca sepotong ayat dalam buku Aku Terima Nikahnya “Kalau betul nak kahwin muda, yang penting jgn terburu-buru, jangan melengah-lengah dan jangan terikut-ikut.” (ayatnya lebih kurang mcm ini, maaf andai tidak tepat). Ku ambil masa utk melihat dalam diri, khuatir andai diriku dikategorikan dalam salah satu ciri di atas. Alhamdulillah, tidak.

d) Cukup sekadar sederhana. Majlis perkahwinan yg ku idamkan semoga ia diredhai Allah, tidak membazir, tidak berlebihan dalam berbelanja, ku masih mampu menutup aurat, dihadiri ahli keluarga dan para sahabat. Alhamdulillah, Allah izinkan.

Akhir kalam. Wahai pembaca yang dirahmati Allah, ada pendapat yg mengatakan memilih pasangan hidup seperti menentukan nasib kita di akhirat kelak, wallahualam. Yakinlah pasti ada seseorang khusus utk mu. Jangan paksa Allah utk mempercapatkan jodoh tp doa padaNya agar dipemudahkan, insyaAllah.

No comments: