Sunday, June 27, 2010

Putus Asa

"Cikgu, saya dah doa dah.. dah solat dah.. tapi Allah tak makbulkan pun doa saya".

Tak perlu ilmu kaunseling analisis kenyataan murid ni. Ku tatap mukanya. Hampa. Jelas di wajahnya seolah-olah dah 'berkali-kali tersungkur sujud' depan Allah mohon kehendaknya.

"Awak hafal doa Qunut?"

Geleng.

"Awak hafal doa Iftitah?"

Geleng.

"Cuba awak baca Al-Fatihah, cikgu nak dengar."

Bacaanku pun tidak sempurna tapi insyaAllah ku yakin untuk perbaiki bacaan muridku ini. Subhanallah. Banyak yang perlu dibaiki. Tajwidnya, makhrajnya..

"Kalau awak nak buat permohonan masuk universiti dengan borang yang kotor, ejaan salah, isi borang tak lengkap.. agak-agak dapat tak masuk U?"

Kali ini, muridku geleng sambil pandang wajahku.

No comments: