Bismillah,
teringat sewaktu awal penghijrahanku dulu, tergopoh-gapah mencari jemaah yg sesuai dgn jiwa untuk dijadikan asbab kekuatan untuk diriku terus beristiqamah dalam menggapai mardhatillah. puas mencari, ku yakin jemaah tabligh sangat menyentuh qalbuku. gerakan dakwah mereka menepati citarasaku suatu ketika dahulu.
salah satu aktiviti dakwah di bawah jemaah tabligh ini merupakan majlis ta'lim yg diadakan di sebuah rumah ahli jemaah. majlis ini hanya dihadiri masturat - jemaah tabligh muslimat. hatiku akan berasa tenang setiap kali menghadiri majlis ini. (alhamdulillah)
semasa ta'lim, antara perkara utama yang dibincangkan - muzakarah 6 perkara. melalui pemerhatian ulama', para sahabat kebanyakkannya mengamalkan 6 amalan ini yang menjadi asbab kepada kejayaan hidup mereka di dunia dan di akhirat. a'la kullihal, perlu diingatkan - 6 perkara ini bukanlah keseluruhan agama, tetapi sebagai garis panduan untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita. insyaAllah.
1. kalimah Tayyibah - Lailaha Ilallah
para sahabat yakin dengan kalimah ini dengan sebenar-benar yakin (Haqqul Yakin). yakin mereka bukan hanya terlafaz di bibir tetapi diserap ke dalam sanubari dan dizahirkan melalui perbuatan. tidak ada yang berkuasa melainkan Allah dan yang yang lain berkuasa hanya dengan izin Allah. ada riwayat - batu dan ular sama sahaja, dua-dua tidak mampu memudaratkan dan memberi manfaat. tidak ada sedih dan takut dalam hati mereka, segala harapan hanya disandarkan pada yang Maha Esa.
2. sembahyang khusyu' khudu'
segala masalah dan kesulitan yang dihadapi para sahabat akan diadukan pada Allah terlebih dahulu. amalan solat yang hakiki dijadikan ubat dan penolong dalam segala hal. kesedihan, kepayahan, kerisauan dipanjatkan dalam doa untuk mendapat ilham dari Allah. apabila muhasabah, jauh betul amalan hidup ini apabila ditimpa ujian. pertolongan dari manusia pasti dicari dulu sebelum beralih pada Allah. astaghfirullah.
3. ilmu dan zikir
adakalanya diri ini tidak dapat lari dari perasaan cemburu dengan para sahabat. maklum sahaja, mereka ini mendapat pendidikan terus dari Baginda Rasulullah s.a.w. justeru, segala ilmu diperolehi digabungkan dengan zikir untuk meraih kejayaan dunia akhirat. ilmu itu lorong dan zikir pula cahaya. mana mungkin seorang yang jahil seperti kita mampu melalui lorong yang gelap untuk sampai ke destinasiNya. takut nanti tersalah pilih lorong, dan menyimpang jauh dari redhaNya. nauzubillah.
4. ikramul muslimin
memuliakan sesama muslim. subhanallah. antara amalan yg ku rasa amat susah untuk diamalkan. mendahulukan kepentingan saudara seaqidah dari kemahuan diri sendiri, memerlukan mujahadah yang berterusan. semoga kita diberi kekuatan.
5. ikhlas niat yakni membetulkan niat
ramai yang menzahirkan setiap perbuatan konon-konon semata-mata kerana Allah. kalau dikaji semula niat kerana Allah, maka setiap perbuatan yg dilaksanakan harus berpandukan Sunnah Nabi s.a.w. sbg cth, apabila seorang muslimim sms seorang muslimat utk bertaaruf. dalam sms tersebut akan ditulis perkenalan ini ikhlas semata-mata kerana Allah. jika muhasabah, adakah perkenalan yg tidak mengikut syari'e boleh dikatakan ikhlas kerana Allah? sedangkan syaitan turut sama menggalakkan perkenalan tersebut. wallahualam.
6. dakwah dan tabligh
tugas sebagai dai'e dipikul bersama oleh setiap individu yg mengamalkan kalimah tayyibah dalam hidupnya. sesiapa yg yakin akan kalimah ini, wajib melaksanakan tanggungjawab dakwah. dakwah ada dalam dua cara - bil hal dan bil lisan. justeru, kita sebagai model dibawah agensi kalimah Tayyibah, pastikan diri mempamerkan imej Islam yang eksklusif kepada orang awam.
6 perkara ini ini antara amalan yang dilaksanakan oleh sahabat. sewaktu di majlis ta'lim, rata-rata masturat akan memakai purdah. apabila sampai di majlis, mereka akan membuka purdah masing-masing. subhanallah. kecantikan mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. kulit muka juga tidak ada sebarang masalah. maklum sahaja, muka sentiasa terlindung dari cuaca luar dan lebih penting terlindung dari pandangan Ajnabi. jadi ku kira, Allah pelihara kecantikan mereka hanya untuk suami masing-masing.