Thursday, January 7, 2010

Pembawa Rahmat

suatu hari setelah selesai melaksanakan tugasan rumah, aku duduk bersantai di hadapan rak buku suamiku. tergerak hati untuk membelek salah satu buku catatannya. sepotong ayat yang dicatat suamiku, membuatkan aku bermuhasabah.

'saidina Ali akan menangis sekiranya rumahnya tidak dikunjugi tetamu lebih dari tiga hari.'


lantas perkara ini ku bincangkan dengan suami tercinta. seperti kita semua sedia maklum, kedatangan tetamu membawa rahmat, apabila mereka balik insyaAllah akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Alhamdulillah, kami mendapat ilham dari Allah untuk jadikan amalan terima tetamu sekurang-kurangnya seminggu sekali. mungkin aku dan suami tidak sehebat saidatina Fatimah dan saidina Ali dalam bab ibadat dan ilmu tetapi dengan izin yang Maha Pengasih, kami akan cuba amalkan sebaik mungkin mengikut kemampuan kami.


setelah berbincang, Ustaz Fad dan Kak Maria akan menjadi 'mangsa' pertama kami. berdebarnya hatiku ini, hanya Allah yang tahu. maklumlah ilmu masakan masih belum banyak yang ku tahu. a'la kullihal, Alhamdulillah, suami bertungkus lumus membantuku di dapur. di iringi gelak tawa dan gurau senda, debaranku semakin kurang terasa. lauk-pauk yang disediakan hanya ala kadar sahaja.


sekali lagi syukur pada Rabbi, Ustaz Fad dan Kak Maria yang seolah-olah terasa 'panick' kami, sangat pandai memainkan peranan. di tambah pula dengan usikan nakal mereka suami isteri, suasana yang kelam kabut tadi menjadi tenang dengan kehadiran mereka. "kami lapar ni. dari tengahari tadi tak makan sebab nak rasa masakan Ina." sempat lagi mereka mengusik.


makan malam tersebut rasa indah sekali. kunjungan tetamu yang membawa rahmat insyaAllah mampu menjadi asbab keberkatan untuk rumah tangga kami. semoga aku dan suami sentiasa rajin untuk terima tetamu sentiasa, insyaAllah.

1 comment:

Musafir di pentas dunia said...

Salam...nak jadi tetamu ina:-)tapi skrg busy sgt2 kat sklh..mf xsempat bls msj...alhamdulillah...walau penat,tapi inilah medan sbnr..doakan ketabahan bersama...mrk mad'u dan aset masa depan ummah...