Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dalam sebuah hadis qudsi dari Ubadah bin Ash-Shamit disebutkan, Allah s.w.t berfirman:
"kecintaanKu layak dimiliki orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, kecintaanKu layak dimiliki orang-orang yang saling menyambung tali persaudaraan keranaKu, kecintaanKu layak dimiliki orang-orang yang saling memberi nasihat keranaKu, kecintaanKu layak dimiliki orang-orang yang saling berkunjung keranaKu, kecintaanKu layak dimiliki orang yang saling memberi keranaKu. orang-orang yang saling mencintai kerana Aku berada di atas mimbar-mimbar yang terbuat dari cahaya, yang kedudukan mereka sama dengan kedudukan para Nabi, siddiqin dan shuhada'."
Alhamdulillah, sejak bernikah Allah hadiahkanku dengan ukhuwah baru. kenalan-kenalan suamiku yang tercinta. bulan lepas kami dijemput untuk makan malam di rumah Ustaz Fad dan Kak Maria. mereka teman suamiku semasa di universiti dahulu. indah sungguh ikatan ini. aku merasa sangat diraikan apabila tiba di rumah mereka. ku kira kedua pasangan ini menghayati sungguh-sungguh pesanan Allah dalam hadis qudsi di atas. perutku yang lapar menjadi kenyang dengan kemesraan yang 'dihidangkan' oleh kedua-dua tuan rumah ini. tidak mampu rasanya untuk membalas kebaikan Ustaz Fad dan Kak Maria, hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. ku harap ukhuwah ini akan terus terjalin hingga ke syurga Allah. doa untuk sepasang suami isteri soleh dan solehah ini - "semoga kalian dikurniakan Allah zuriat yang soleh dan solehah, pewaris kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w"
No comments:
Post a Comment