Bismillah..
Hampir 4 tahun pengajian, terasa diri masih kosong tiada ilmu. insyaAllah bulan April nanti akan keluar praktikal di sek men Shah Alam. minggu lepas dah bersama suami ke sana untuk melihat persekitaran dan keadaan sekolah. Alhamdulillah. bersih. cantik.
ada beberapa orang pelajar berada di kawasan sekolah. Subhanallah. berdebarnya hati ini melihat mereka. apabila di sekolah kelak, tanggungjawabku yg lebih utama - Dai'e lebih berat untuk dipikul. memegang amanah dari Allah untuk melaungkan kalimah Tayyibah terasa sangat perit. mereka bukan sekadar muridku tetapi mad'u yang perlu dibimbing untuk menjadi insan yang bertaqwa.
hakikatnya, remaja sekarang ini ramai yang kenal Allah tapi malangnya ramai juga yang tidak mencintaiNya.
mengimbas kenanganku dahulu apabila pergi ke sekolah untuk buat program motivasi. walaupun berdebar-debar untuk berjumpa dengan adik-adik tetapi diri ini masih mampu membina kekuatan dalaman. seorang teman sejatiku - Musafir di Pentas Dunia gelaran dirinya, setia di sisiku memberi semangat dengan janji-janji Allah untuk mereka yang berdakwah.
teringat satu kata-kata beliau. peringkat kita orang awam ni, hanya menyumbang pada Islam, tp tak berkorban lagi untuk Islam. sama-sama kami menitiskan air mata, sama-sama kami bermujahadah, sama-sama kami memberi tazkirah. ya Allah rindunya hamba pada kenangan itu.
ditakdirkan Allah, sahabatku itu akan menjalani praktikal dengan orang lain. a'la kullihal, ku masih bersyukur untuk setiap pengalaman kami, akan ku jadikan pedoman untuk mendidik khalifah-khalifah yang bakal ku temui kelak.
janji Allah dalam surah Al-Baqarah:286 mampu menenangkan jiwa yang resah ini. Allah Maha Mengetahui. Allah akan uji setiap hambaNya mengikut tahap keimanan masing-masing. ya Allah janganlah hukum hamba untuk perkara yang hamba lupa atau tidak sengaja.
aku seorang khalifah. aku juga seorang hamba. bagaimana agaknya untuk mendidik khalifah-khalifah di sek men tersebut untuk sentiasa rendah diri pd Allah selaku hambaNya? kalau muhasabah segala sunnah Nabi Muhammad s.a.w, setiap tindak-tanduk Baginda pasti mencerminkan akhlak terpuji beliau selaku hamba pada Khaliq. contoh ketika makan. cara duduk pun melambangkan status kita di dunia ini - HAMBA ALLAH.
ku berharap semasa praktikal kelak, ada seorang Dai'e juga untukku. Amin.
No comments:
Post a Comment