Friday, October 8, 2010

Bersedekah & Beristighfar.

Dari “Abdullah bin Umar r.a : Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai kaum perempuan, bersedekahlah dan perbanyakkan memohon keampunan kepada Allah s.w.t, kerana aku melihat, pada malam Isra’, kebanyakkan penghuni neraka adalah dari jenis kalian.” Seorang perempuan bertanya, “Apakah sebabnya kebanyakan penghuni neraka dari jenis kami?”. Baginda menjawab, “Kerana kalian sering melaknat dan meremehkan apa yang diberikan suami. Aku juga melihat kebanyakan kalian memiliki kekurangan dalam akal dan agama”. Periwayat hadis ini bertanya, “Ya Rasulullah apa yang dimaksudkan dengan kekurangan akal dan agama?”. Baginda menjawab, “Kesaksian dua orang perempuan sebanding dengan kesaksian seorang lelaki. Inilah yang dimaksudkan dengan kekurangan dalam akal. Selain itu, ketika sedang haid, perempuan tidak solat dan tidak berpuasa selama beberapa hari. Inilah yang dimaksudkan dengan kekurangan agama. (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber : 100 Pesan Nabi untuk Wanita Solehah, Badwi Mahmud Al-Syaikh

No comments: