Friday, October 8, 2010

*Petua Penawar Jiwa*

Daripada Abu Hurairah r.a beliau menceritakan bahawa pada satu hari Rasulullah s.a.w datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam. Apabila Nabi datang, Baginda bertanya kepada saya, “Wahai sahabtku Abu Hurairah, mahukah aku tunjukkan kepadamu satu tanaman yang lebih baik dari tanamanmu ini?” Aku menjawab, “apakah dia Ya Rasulullah?”. Jawab Baginda

subhanallah walhamdulillah walailaha ilallah wallahu akbar

adalah lebih baik daripada tanaman ini. Apabila kamu berzikir kepada Allah s.w.t setiap zikir yang kamu ucapkan Dia akan menanamkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga”.

[HR Ibn Asakir (23116)]

Sumber : Hadiah Buat Muslimah, Ust Siti Nor Bahyah Mahmod, Ida Ezayani Othman

No comments: