Saya sebenarnya tengah frust dengan seorang kawan baik saya. Frust sebab 2 jejaka yang saya rasa insyaAllah saya yakin dengan agama mereka telah ditolak mentah-mentah oleh kawan baik saya dengan alasan yang tidak munasabah.
Isu Pertama -
Jejaka dari Sabah.
Ditolak kerana asalnya dari Sabah.
(alahai, cek.. lapangan dakwah dah sama, gerak kerja pun seiring,
insyaAllah rasanya enti dengan jejaka itu sudah sefikrah)
Isu Kedua -
Jejaka H.
Juga ditolak kerana belum menamatkan pengajian.
Waduh-waduh enti,, lamarannya kan sewaktu enti akhir-akhir minggu praktikal?
Kenapa ditolak sih?
Kalau enti setuju, x bermakna terus nikah..
Banyak persediaannya.
Terkenang pengalaman saya sewaktu semester 7 dulu - (dengan segan silu) istihar pada keluarga saya : insyaAllah Ina nak kahwin.
Semestinya terdapat pelbagai komentar.
Gatal!
Tak pernah dalam keluarga kita, nikah time belajar!
Jadi anak pun tak tahu, ada hati nak jadi isteri orang.
Kebetulan, (bakal) suami -
takde kereta, takde rumah, belajar setakat Diploma, asal dari kampung
: oleh itu tak terlepas juga dari (^&$#@!) komentar.
takkan kereta pun takde Na? rumah pun takde.. nnt lepas nikah nak duk mana?
boleh ke ikut style Ina? kasut nak Hush Puppies, beg Guess, etc..
Ina kan ada degree(sebenarnya tak complete lagi study time tu), dia tu Diploma je.
Sungguh, hati ini terguris.
Doa saya _ tak putus-putus. Dalam macam-macam kutukan, hati berat nak nikah juga. huhuhu.
Alhamdulillah, tok guru kesygan saya {Ustazah Pabiyah} menjelaskan -
pilih seseorang kerana agama.
(diulangi) kerana agama, titik!
Alhamdulillah ~ selepas bernikah Allah buktikan sungguh pilihanNya yang terbaik.
Ya Allah, hamba mohon kekalkan.
Amin.
1 je yang kalau boleh saya nak ubah - Sayang nak Abang tinggi.. ;)
(tapi bila fikir balik - setiap kali bersama suami saya rasa seksi _ sebab saya kelihatan seperti Gisele Bundchen jika berdiri di sebelahnya)
Sayang sayang Abang.
Kalau orang kata buruk, kita rasa cantik - teruskan. Sebab yang nak 'pakai' itu kita ;)
5 comments:
Salam ukhti.. seperti ku kenal siapa gerangan "ukhti" itu kak zarina zaimi...=) hehe..
(^^)ina...doakan kawan baik ina tu ye...
itu lah.. eqa tolong nasihat kan 'ukhti' tu yer.. die sgt naughty girl ;p
insyaAllah wani.. ina akan doakan 'kawan baik ina tu'.. sbb lepas die nikah, kami dah janji nak double date ;)
sweeeeeeeeeettttttttttttt =))) jealous!!!!
Post a Comment