Kalau cakap bab bermadu / poligami : memang kita kaum hawa tak senang duduk. Bayangannya pun dah cukup ngeri. Salah satu cara nak pujuk hati : Allah uji ikut tahap iman masing-masing. Tapi dalam kes saya, minta dijauhkan. Dengar je isu ni, cepat-cepat sebut nauzubillah.
Semenjak saya secara rasmi menjadi isteri kepada seorang ustaz, memang sudah tentu latar belakang kawan-kawan baru saya, rata-rata ustaz. Kenalan suami, secara tak langsung kenalan saya juga ;]
Tidak dinafikan, segelintir ustaz yang saya kenal, memang beristeri lebih dari satu. Nak kata kagum . . . tak juga.. pelik? memang. Terdetik dalam hati saya, ustaz yang amalkan poligami ni, popular, sering ke sana sini, termasuk luar negara untuk berdakwah tapi masih mampu untuk komited dengan lebih dari seorang isteri. Kalau 2, boleh tahan lagi.. tapi yang 4? hhmm..
Tapi bila saya fikir-fikir balik, isteri-isteri ustaz tu pun tak bising, kenapa saya pula yang perlu sibuk... kan?
Iya, saya dan suami Allah takdirkan bercinta selepas nikah (alhamdulillah). Jadi perasaan sayang saya terhadap suami bertambah sedikit demi sedikit. Akhlak yang Allah bagi pada suami, sentuh hati saya perlahan-lahan. Tidak terus cinta dan sayang sepenuh hati. Jadi, saya memang kurang bab-bab cemburu ni. Rasa secure sangat sampai memang tak kisah kalau setakat ada perempuan lain tengok suami, atau suami saya sendiri 'tertengok' perempuan lain. ;]
Kebetulan pula suami saya ustaz. InsyaAllah sering dijemput untuk bagi ceramah sana-sini. Pakcik-pakcik atau makcik-makcik yang kebetulan dengar suami saya bagi ceramah, kadang-kadang ada yang tanya,
"Ustaz dah nikah?"
"Dah." jawab suami ringkas, sambil senyum
Bila kahwin dengan ustaz, baru saya perasan. . . lelaki kategori ustaz ni memang 'limited edition'. Secara tak langsung, memang direbut orang ramai. Kawan-kawan perempuan saya pun ada yang cakap, "Bila I kahwin nanti nak suami macam suami Ina."
Gulp!
Saya jawab balik,
"Suami macam suami Ina boleh, suami Ina tak boleh."
;]
6 comments:
Inni Uhibbuka Fillah
p/s- Ya Muqallibal Qulub Tsabbit Qalb Zaujati (Zarina Zaimi) A'la Dinika Wa Tho'atika Wa Tho'ati.. Amin.
Abang,, I love you too.. ;]
translate plz...hehe
hrp2 dpt jdoh ngn ustaz jgk.=)
translate ap fiza? sik paham.. ;}
translate kan bahasa arab kiriman AnasZaidi tu la ina..i pun nak tau.. :)
ooo... hehe.. ina pun lupe..
Post a Comment