kepada sahabat yang ketawa.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w dalam perjalanan untuk menunaikan solat lalu Baginda s.a.w ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah s.a.w telah bersabda "Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini."
Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata,
"Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."
Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata,
"Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku. Engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."
Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian daripada syurga secara berterusan.
Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata,
"Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."
Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja ular itu menghamburkan bisa ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat. Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda, "Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka."
Sumber : Fadhilat Amal
No comments:
Post a Comment