Para ulama’ telah menyusun suatu kaedah yang konkrit yang berkaitan dengan Sunnah, dikenali : ilmu hadith (demi untuk berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w). Ulama silam telah mencurakan segala kepakaran demi menjaga kemurnian Sunnah dari sebarang gugatan para penggugat. Ia merupakan usaha yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah kehidupan manusia dan tidak pernah dilakukan oleh umat tamadun lain. Sejarah membuktikan umat-umat lampau tidak pernah merekodkan terhadap nabi-nabi mereka sebagaimana umat Muhammad terhadap Baginda s.a.w.
Penghayatan generasi awal yang unggul itu merupakan suatu kepastian kerana merekalah yang paling sempurna kefahaman dan penghayatan berbanding dengan orang lain kerana mereka diberi penghormatan mendampingi Rasulullah s.a.w. Bersimpang siur kehidupan umat kini, puncanya ialah salah faham mereka dalam memahami Sunnah & ada kaitan yang erat dengan pengetahuan mengenai ulum al-Hadith itu.
Perkara penting yang berkait rapat dengan sesebuah Hadith :
1. Nama-nama sanad yang betul.
2. Memastikan keadaan rawi yang terdapat dalam sanad.
3. Membetulkan lafaz yang terdapat pada matan Hadith.
4. Mengenal pasti hukum bagi sesebuah Hadith sama ada sahih atau daif.
5. Hukum yang terangkum dalam Hadith (fiqh al-hadith)
Perhatian!
Bagi mentashihkan nama-nama sanad, meneliti ehwal rawi yang terdapat dalam sanad dan untuk mengetahui hukum sahih atau daifnya sesebuah Hadith sumbernya hanyalah ilmu Hadith. Mentashihkan lafaz yang terdapat dalam matan Hadith _ ilmu al-tashif wa al-tahrif, ilmu gharib al-hadith. Fiqh al-Hadith tiada kaitan dengan ilmu Hadith, ia adalah buah atau hasil sesebuah Hadith.
Sumber : Pengajian Hadith, Modul I, Usuluddin, 2010
No comments:
Post a Comment