Friday, September 24, 2010

Ciri-Ciri Akidah Islam (3) - Asas Akidah 1.

3. Akidah Bersifat Tetap

Akidah ini bersifat tetap dan tidak berubah di semua zaman – ia akidah tauhid yang suci dan tiada perubahan sehingga hari kiamat (menyeru manusia supaya bebas dari sebarang pengabdian dan penyembahan kecuali kepada Allah s.w.t) _ An-Nahl:36.

Di sisi Islam ~ manusia semuanya sama tanpa ada keutamaan, kehormatan dan kemuliaan melainkan nilai taqwa dan amal soleh. Tiada siapa yang boleh menokoktambah atau mengurangkan apa yang terkandung dalam akidah (kalau ada, dianggap = bid’ah). Al-Quran menolak sesiapa yang cuba mengada-adakan sesuatu dalam agama kerana menggubal syariat dalam agama – milik Allah s.w.t [bukan dikongsi dengan makhlukNya yang ada di bumi.

Walaupun zaman saling bertukar dan masyarakat semakin berkembang ajaran tauhid tetap menjadi pasak kepada keyakinan setiap Muslim. Ajaran inilah yang tetap dibawa oleh setiap Rasul a.s sehingga diakhiri oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah menunjukkan ajaran agama lain yang diseleweng atau dicipta mengalami perubahan mengikut persekitaran, masa dan latar belakang masyarakat. Namun ia tidak berlaku kepada akidah Islam yang tetap akidahnya dan sesuai untuk setiap masa dan tempat. (contoh dalam Islam : kita mana ada Al-Quran I atau Al-Quran II) kan? Wai’yadzubillah.

Sumber : Asas Akidah I, Modul I, Usuluddin, 2010

No comments: