Saturday, September 25, 2010

Kepentingan Sanad

Memastikan sanad dan matan Hadtih yang tepat adalah suatu tuntutan. Mengambil mudah mengenainya mengundang risiko berbohong terhadap Nabi Muhammad s.a.w. ia secara langsung termasuk dalam ancaman _ Sabda Baginda s.a.w : “Sesiapa yang berbohong terhadapku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat untuknya dalam neraka.” (HR Bukhari)

Sanad disebut di awal Hadith ~ bukan sebagai perhiasan bagi halaman Hadith tetapi membantu dalam menilai hukum sesebuah Hadith. Tidak diterima hadith kecuali dengan sanad, tidak diterima dari seseorang itu berkata : bersabda Rasulullah s.a.w melainkan ia adalah sahabat, yang melihat dan mendengar dari Baginda s.a.w.

Sanad menjadi elemen yang sangat penting dalam ilmu Hadith. Ia adalah rangkaian rawi yang meriwayatkan sesebuah Hadith sehingga sampai kepada matan (teks) Hadith.

Ibn Mubarak berkata : Sanad adalah urusan agama. Antara kita dengan kaum pembid’ah adalah tunggak iaitu sanad. Hadith laksana rumah yang tidak mungkin dapat dibangunkan melainkan dengan tunggak/tiang.

Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, tindakan sesetengah kalangan yang berpegang dengan Hadith da’if, munkar malah yang palsu dan tiada diketahui sumbernya, berpunca dari “modal” mereka yang sikit dalam ilmu Hadith dan kegagalan mereka untuk menyaring antara yang sahih dan yang lemah.

Samalah keadaannya yang mendakwa kesahihan Hadith berdasarkan kasyaf dan ilham. Ijmak ulama’ menolak dakwaan sedemikian kerana ia adalah penilaian berbentuk individu yang tiada jaminan akan kebenarannya.

Sumber:Pengajian Hadith, Modul I, Usuluddin, 2010

No comments: