Friday, September 24, 2010

Ciri-Ciri Akidah Islam (5) - Asas Akidah 1.

5. Akidah bersifat wasatiyah (pertengahan)

Al-Baqarah:143 – wasata’ : menurut Ibnu Kathir, bermaksud pilihan. Allah s.w.t menjadikan umat akhir zaman sebagai umat pilihan dengan pensyariatan yang sempurna dengan manhaj dan pendekatan yang tertentu.

Akidah Islam bersifat pertengahan – pegangan kepercayaan yang di tengah-tengah antara golongan yang menafikan segala perkara yang tidak boleh dicerap dan antara mereka yang mengisbatkan adanya banyak tuhan di alam ini. Ia di tengah-tengah golongan yang menolak agama kerana tidak percaya kewujudan Allah s.w.t dengan golongan yang percaya banyak tuhan, Ali-Imran:18.

Ciri ini juga membawa maksud pertengahan di antara golongan menerima secara membabi buta segala kepercayaan nenek moyang tanpa meneliti elemen kebatilan, Al-Baqarah:170 dan golongan yang cuba mengkaji atau memikirkan hakikat ketuhanan itu sendiri.

Terdapat golongan yang cuba memahami sesuatu berlandaskan akal dan menafikan peranan wahyu. Mereka cuba memikirkan hakikat ketuhanan walaupun gagal memahami yang berkaitan dengan diri mereka sendiri ~ kehidupan, kematian dll.

Orang yang beriman adalah di tengah-tengah golongan orang yang mermudah-mudah dalam pegangan akidah dan di antara golongan yang menerima pegangan akidah berdasarkan apa yang terlintas dalam hati kemudian ia terus hilang. Akidah menolak kepercayaan yang terlalu fokus kepada aspek kebendaan dan hanya menerima konsep kerohanian serta menolak kehidupan dunia.

Sumber : Asas Akidah I, Modul I, Usuluddin, 2010

No comments: