Friday, September 24, 2010

Ciri-Ciri Akidah Islam (1) - Asas Akidah 1.

Akidah Islam – satu kepercayaan yang tetap dan tidak berubah sampai bila-bila masa, tidak berubah dengan berlakunya apa-apa perubahan di alam ini dan bergantian para Rasul a.s. (berbeza dengan syariat).

1. Akidah yang jelas dan terang

Akidah Islam yang dibawa oleh para Rasul a.s adalah jelas, mudah difahami dan tidak menimbulkan kesulitan untuk memahaminya. Di sebalik alam ini, ada Tuhan yang berkuasa menciptakannya daripada tiada. Tuhan ini tiada yang setara denganNya, tidak mempunyai anak dan isteri serta tiada sekutu bagiNya.

Dalam prinsip akidah Islam – tidak ada suatu ajaran yang sukar difahami, misalnya – triniti – konsep penigaan Tuhan. Kepercayaan ini bermaksud bahawa agama Kristian mempercayai Tuhan terdiri daripada tiga oknum – Tuhan Bapa ( God the Father), Tuhan Anak (God the Son) dan Tuhan Roh al-Qudus (God The Holy Spirit) ~ kesatuan tiga personaliti yang saling melengkapi di dalam satu zat iaitu zat Tuhan.

Jesus (Tuhan Anak) – penebus dosa warisan melalui pensaliban dirnya.

Holy Spirit – pembimbing Jesus dan pembersih jiwa manusia melalui kepercayaan tentang kesucian pensaliban tersebut.

Tuhan Bapa – mencipta kedua-duanya sebagai tanda kasih Tuhan kepada makhlukNya. (Subhanallah). (Al-Maidah:72-73)

Penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasulullah secara jelas dan terang meletakkan penyaksian, ikrar dan pengiktirafan dengan lisan dan hati – kedudukan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang berhak disembah dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi yang wajib diikuti.

Dua penyaksian ini diletakkan dalam satu rukun kerana ia saling berkait. Setiap amalan tidak akan diterima kecuali ikhlas kerana Allah dan selaras dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Akidah Islam menyediakan dua rujukan utama : Al-Quran dan Al-Sunnah.

Dalam akidah Islam – alam terbahagi kepada dua : alam nyata yang boleh difikirkan oleh akal dan ditanggapi oleh pancaindera dan alam ghaib yang berada di luar pengetahuan manusia dan hanya boleh diketahui melalui saluran wahyu, Al-Hasyr:22. (reason why we need Nabi s.a.w – we Muslim don’t simply make assumptions we follow our Prophet s.a.w, he received direct guidance from Allah s.w.t)

Sumber : Asas Akidah I, Modul I, Usuluddin, 2010

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum saudari..
tumpang tanya..bukankah bahan yg diambil ni dr nota dr fauzi hamat apium?
dan bukankah nota ini masih belum dibenarkn utk dterbitkn di mana2 pun krn masih menjadi hak copyright dr.fauzi utk dterbitkn dlm buku karangn beliau?
maaf jika tersalah maklumat..

Zarina Zaimi said...

wsalam anonymous - saya sgt hargai sekiranya disertakan nama. apapun, iye betul diambil dari buku Dr. Fauzi - sebab itu saya mention sumber.. (credit to him, 100% to him) dikeluarkan dalam blog saya - salah satu cara untuk saya ulang kaji dan kongsi ilmu. bukan untuk tujuan komersial. tq.