Saturday, September 25, 2010

Kedudukan Hadith Dalam Islam

Hadith atau Sunnah adalah sumber rujukan ke-2 selepas Al-Quran. Sama seperti Al-Quran – ketentuan hukum ~ halal, haram, harus, wajib & sunat boleh dithabitkan dengannya. Umat Islam WAJIB beramal dengannya dan tidak boleh sama sekali menyanggahinya.

Keterangan Al-Quran

I. Rasulullah s.a.w sebagai penjelas dan penerang Al-Quran (An-Nahl:44)

Peranan Rasulullah s.a.w _ menerang dan menjelaskan kepada semua umat : apa yang mereka musykilkan mengenai perintah Allah s.w.t dalam Al-Quran. Rasulullah s.a.w menghuraikan yang ringkas, megkhususkan yang umum, membataskan yang mutlak, menjelaskan yang samar dan mengukuhkan apa yang disebut dalam Al-Quran.

II. Rasulullah s.a.w sebagai Qudwah Hasanah (Al-Ahzab:21)

Allah s.w.t menjadikan Baginda s.a.w sebagai qudwah hasanah yang mutlak – tauladan untuk muslimin keseluruhannya.

III. Allah s.w.t mewajibkan ketaatan kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti ketaatan kepada Allah s.w.t (Al-Anfal:20)

Setiap Rasul yang diutuskan ditaati dengan izin Allah s.w.t (bukan untuk sampaikan risalah semata-mata). Taat pada Rasulullah s.a.w tidak hanya terbatas semasa hayat Baginda tetapi berterusan selepas kewafatan Baginda.

Sumber:Pengajian Hadith, Modul I, Usuluddin, 2010

No comments: