Friday, September 24, 2010

Ciri-Ciri Akidah Islam (2) - Asas Akidah 1.

2. Akidah fitrah

Islam – agama yang mengandungi prinsip akidah daripada Allah s.w.t (Tuhan yang menciptakan manusia dan alam) = maka akidah tersebut mengajar manusia mengenali pencipta dan pengatur sistemnya. Fakta ini jelas (prinsip akidah Islam) – bersifat semula jadi, bersifat mesra manusia dan mesra alam, Ar-Rum:30.

Manusia telah berinteraksi dengan Allah s.w.t ketika berada di alam arwah (alam roh) – pengakuan manusia kepada kewujudan dan keagungan Allah s.w.t, Al-A’raf:172. Manusia membuat persaksian tentang keesaan Allah s.w.t dan TIADA Tuhan selainNya. Di alam roh, manusia mengakui Allah s.w.t sebagai Tuhan. Selepas dilahirkan, manusia dikurniakan fitrah bertuhan oleh Allah s.w.t dan ia dapat dirasai oleh setiap manusia dan tiada siapa yang dapat menyangkalnya.

Kaum muysrikin mengetahui Allah s.w.t mencipta alam ini namun mereka mempersekutukan Allah s.w.t dengan menyembah makhluk yang diakui adalah ciptaan Allah s.w.t. Dalam satu hadis Baginda s.a.w menggambarkan Islam didatangkan dari Allah s.w.t adalah bersih dan suci namun fitrah tersebut menjadi kotor hasil dari pendidikan yang diterima dari orang tuanya yang beragama Kristian, Yahudi atau Majusi.

Di samping itu, manusia ditetapkan untuk mengikuti amalan an perintah para Rasul a.s dan menjauhi larangan mereka sesuai dengan fitrah seorang manusia. Manusia dibezakan dengan makhluk lain melalui - akal = untuk kebebasan berfikir yang berpandukan fitrah yang tersedia ada, maka mereka akan berada di jalan yang lurus.

Dr. Insaf Ramadhan menjelaskan pandangan Imam al-Ghazali _ kewujudan Allah s.w.t disedari secara yakin oleh setiap manusia. Perasaan fitrah ini merupakan bukti terkuat kewujudan Allah s.w.t seperti manusia merasai sakit, lapar, dahaga dan sebagainya.

Akidah Islam - mengisi jiwa yang kosong, menenangkan hati dan memberi kesan kepada emosi. Ia membentuk sahsiah atau peribadi seseorang Muslim.

Sumber : Asas Akidah I, Modul I, Usuluddin, 2010

No comments: